Tuesday 10 April 2012

Mencari Kekuatan

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin Ya Rabbal'alamin


Allah SWT Mencoret Kasih & Sayang didalam 'Novel Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) dibumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya & tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)"
(Hud, 11: 6)





Allah SWT 'Mengukir Kerinduan' di dalam 'Nukilan Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman & mereka mengerjakan kebajikan, mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam (golongan) orang yang soleh."
(Al-Ankabut, 29: 9)



Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah & tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


*DEHEARTY - PASRAH SEGALANYA*


Allah SWT Mengukir Bertintakan Kasih didalam 'Naskhah Cinta', yang bermaksud:
Katakanlah, "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit & bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan."
(Az-Zumar, 39: 44)


I say: It's impossible.
Allah says: All is possible. Be tough & stay with Me.


I say: I'm too tired. 
Allah says: I'll give u rest.


I say: I can't do it.
Allah says: U can do everything as long as u with Me.


I say: I can't forgive myself for what that I've done.
Allah says: I forgive u. Just trust to Me.


I say: I fell alone. Nobody cares about me.
Allah says: I'll never leave u alone. Believe Me.


I say: Nobody loves me.
Allah says: No matter what. I love u.
(Anonymous)




Allah Taala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah, 2: 153)


Kenapa,
Segala macam apa yang ada di syurga nanti,
Tiada yang mustahil,
Tiada yang tak mungkin,
Tiada yang tak boleh dan
Tiada satu pun keinginan penghuni syurga akan dikecewakan?


Sebab,
Itulah ganjaran dari Allah SWT Maha Mencintai & Maha Mengasihi buat hamba-Nya yang bersabar di atas ujian-ujian yang membawa 'Mesej Cinta & Panggilan Rindu' dari-Nya agar kita tidak pernah lupa, berputus harap, doa & pengaduan kepada Dia.
Sambutlah & Jawablah
'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari Dia sebelum terlambat.
Takut-takut disebabkan 'Panggilan Rindu Tak Berangkat' & 'Mesej Cinta Tak Berbalas',
Anda Tidak Akan Terima Sebarang 'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari-Nya lagi


Jangan terlalu kerap untuk meluahkan perasaan di atas hamparan helaian 'Muka Buku',
Luahkan di atas hamparan sejadah.


Allah SWT 'Menyulam Kasih' didalam 'Surat Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(Fussilat, 41: 36)

Friday 6 April 2012

Mesir: Disebalik Calon Presiden Ikhwanul Muslimin

Seluruh dunia dikejutkan dengan keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang dengan menamakan Ir Khairat Al Shater, Naib Mursyidul Am IM bagi calon Presiden Mesir 2012. 


Setelah mengadakan mesyuarat tergempar sebanyak 3 kali pada akhir Mac lalu. Akhirnya Majlis Syura Ikhwan Muslimin mencalonkan Ir Khairat Syater sebagai calon tatkala penamaan calon masih berbaki 7 hari lagi setelah dibuka 10 Mac lalu. 


Tindakan IM ini jelas merisaukan pihak Israel dan Barat

Yang menariknya, pada mesyuarat kali pertama Majlis Syura Ikhwan Muslimin pada 16 Mac yang lalu, seramai 81 ahli menolak untuk IM meletakkan calon presiden. Hal ini kerana, mereka menegaskan supaya mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan pada April 2011 yang lalu bahawa mereka tidak sama sekali akan mencalonkan mana-mana anggota mereka. 


Manakala pada 27 Mac yang lalu, mesyuarat kali kedua seramai 61 orang pula tidak menyokong dan ia menunjukkan penurunan berbanding mesyuarat yang pertama. Baru-baru ini (31 Mac 2012), mereka bersidang untuk kesekian kalinya dan dalam persidangan tersebut seramai 56 orang menyokong, manakala 52 lagi membantah daripada jumlah ahli yang hadir menyuarat kira-kira 108 ahli (keseluruhannya 110). Ahli mesyuarat yang mengundi tersebut tidak termasuk dua orang lagi iaitu Dr Katatni dan Dr Essam yang tidak hadir kerana menghadiri Sidang Ahli Parlimen Dunia. 


Antara mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan jawatan presiden tersebut adalah Dr. Helmy, Sayed Enzily dan Mohammed Mahdi Akef, bekas Mursyidul Am yang lalu. Akan tetapi kesemuanya berlapang dada dan thiqah terhadap keputusan yang telah dipersetujui tersebut. Satu perkara yang patut dicontohi oleh kita terhadap sikap para ikhwan dalam berjemaah adalah mereka berpegang teguh kepada prinsip "nahnu multazimun bi qarar al-jamaah" (Kami akan bersama dengan ketetapan jemaah) walau apa jua situasi. 


Sumber mengesahkan bahawa, antara sebab Ikhwan Muslimin terpkasa menamakan calon daripada mereka adalah kerana melihat kepada kerajaan sementara dan tentera seolah-olah tidak mengendahkan segala perkara yang telah diputuskan oleh parlimen dan juga tidak menghormati keputusan rakyat iaitu supaya kerajaan awam diserahkan kepada rakyat bukannya dikuasai selamanya oleh tentera.


Ir Khairat Shateer, Naib Mursyidul Am IM

Sebelum daripada itu juga, IM telah mengadakan rundingan dengan beberapa calon Islamis yang lain iaitu Hazim Solah Abu Ismail, Abdul Mun’iem Abul Fotouh dan Salim al-Awwa untuk berbincang berkenaan pencalonan presiden. Akan tetapi IM melihat bahawa ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa menamakan juga calon daripada mereka dan kesemua calon tersebut kurang menepati kriteria yang dikehendaki oleh IM untuk membolehkan mereka menyokong mana-mana calon tersebut.


Saya juga sebenarnya secara peribadi bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh IM tersebut. Hal ini kerana melihat kepada beberapa perkara iaitu :


1) Golongan minoriti seperti Liberal, Sekular dan Kristian cuba menghasut Majlis Tentera supaya membatalkan keputusan pilihanraya umum sebelum ini. Bahkan mereka juga bertindak menafikan hak parlimen Mesir dalam memutuskan sebarang keputusan berkaitan dengan penggubalan Perlembagaan Mesir yang baru.


Majlis Tentera pula kelihatan semakin jelas pakatannya dengan fulul (bekasan pro-Mubarak) apabila masih membiarkan fulul ini melakukan apa sahaja tindakan jahat bagi menghuru-harakan Mesir. Selain itu juga, segala usaha untuk melemahkan pengaruh Ikhwan Muslimin dan mengalih pandangan rakyat daripada memberi tumpuan kepada pilihanraya akan datang dengan merancang krisis petrol, pengangkutan awam dan sebagainya tidak dihiraukan langsung oleh pihak kerajaan sementara.


2) Dalam lakaran sejarah, Ikhwan Muslimin pernah dikhianati oleh tentera pada Revolusi 1954 apabila Jamal Abdul Naser yang menjadi Presiden Mesir pada ketika itu pernah berbai'ah dengan Imam Hasan Al-Banna. Akan tetapi, apabila Jamal Abdul Naser naik menjadi presiden, dia telah melakukan pembelotan terhadap Ikhwan Muslimin sehingga menyebabkan ramai pimpinan dan ulama’ IM ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati. 

Dalam peristiwa yang menyedihkan ini, sebelum subuh 27 Oktober 1954 lebih 7 ribu penyokong dan pemimpin Ikhwan ditangkap. Tujuh pemimpinnya dihukum gantung dan tujuh lagi dipenjarakan seumur hidup. Bukan itu saja, malahan memaksa mereka untuk melarikan diri sehingga ke Eropah.


Melihat kepada dua perkara penting yang saya bawakan tersebut, maka sangat perlu untuk IM meletakkan calon presidennya pada ketika ini agar perkara yang pernah terjadi kepada IM tidak lagi berulang. Ia juga sebagai satu ‘ugutan’ kepada pihak pemerintah sekarang agar tidak mengambil mudah tuntutan rakyat dan hak parlimen (yang dikuasai oleh IM).


Apa yang pasti, situasi politik yang berlaku sekarang jelas akan menggerunkan pihak Barat dan juga Israel.